berita terkini pilihanraya umum ke 12

Belantik Jeneri Kedah Sik. PRU 12 atau pilihanraya umum ke 12 2008. UMNO PAS KEADILAN DAP MCA MIC GERAKAN PPP. Paklah Hadi Nik Aziz Lim Kit Siang Anwar Ibrahim Hishamudin tun hussein KJ khairy Jamaludin DUN Parlimen SIK. Harakah daily online Kelab Maya UMNO puteri putera kepala batas perdana menteri Najib Mahathir Che Det Pembangkang Kerajaan Kempen bubar parlimen Dato Wan Azmi Ariffin. Dato Wan, Abdullah Hj Ahmad Badawi. politik semasa isu semasa keadilan rakyat malaysia. undi hantu peti undi tempat mengundi membuang undi. Shahrir samad politik wang perayu undi. berita terkini pilihanraya umum ke 12

Tuesday, November 4, 2008

Mesyuarat Bahagian Sik

Mesyuarat bahagian Sik akan diadakan pada 8 November 2008 ini. Semua tempat ada pertandingan. Ini bermakna sedikit sebanyak ada perpecahan dalam UMNO Sik.
Ketua Bahagian adalah straight fight antara YB Tajudin ADUN Belantik melawan Dato Osman Desa Setiausaha Politik Pak Lah.
YB Tajudin adalah anak tempatan dan juga seorang YB. Ini kelebihan yang amat ketara. Kalau dilihat kepada trend PRU 12 lalu, semua calon dari luar Sik tidak diterima oleh penduduk-penduduk Sik. Harapan ini juga disandarkan oleh YB Tajudin terharap perwakilan-perwakilan UMNO Sik. Jika ini menjadi keutamaan, maka cerahlah harapan YB Tajudin untuk ambil alih kepimpinan UMNO Sik.
Dato Osman Desa adalah orang Kepala Batas - orang luar. Salah satu faktor kekalahan beliau dalam PRU 12 lalu adalah sentimen orang luar datang menjajah Sik. Jika ini diambilkira dalam pemilihan Bahagian Sik, maka beliau awal-awal lagi sudah kalah.
Tapi Dato Osman desa seorang yang kaya. Duit tiada masalah bagi beliau. Kalau duit beliau itu diberikan kepada semua orang Sik, beliau masih boleh hidup senang lenang. Ini yang berlaku pada PRU 12 lalu. Beliau juga seorang yang berilmu dan memiliki kelulusan baik dari Universiti. Seorang yang mampu berkhutbah, berdoa , mengepalai majlis tahlil dsb. Jika ini diutamakan oleh perwakilan Sik, maka beliau senang-senang boleh menjadi ketua bahagian.
Tapi orang Sik (perwakilan) bukannya tak tahu berfikir atau hanya menjadi pak turut. Mereka tahu yang mana kaca dan yang mana intan. Cuma sekarang ini kita hanya ada kaca yang tidak berguna dengan kaca yg masih boleh digunakan. Pilih yg mana baik.
Intan sudah dihapuskan .... maka kenalah perwakilan SIk memilih kaca yg lebih baik.
Setakat ini hanya seorang saja yang masih belum kalah. Dato Dr Wam Azmi... Beliau memenangi dalam semua PRU dan pemilihan jawatan dalam bahagian.

Monday, March 24, 2008

MASA UNTUK BEKERJA

Inilah masanya YB Tajudin menunjukkan kebolehan dan kelebihan beliau. Jika KEDAH masih di bawah BN...kita yakin..100% diberikan oleh pemerintah negeri tetapi kini....segala-galanya bergantung sepenuhnya kepada YB sendiri...Insyaallah...harapan dan kepercayaan yang diberikan kepada YB belantek akan balas dengan komitmen jitu dari YB.

Tahniah di atas kemenangan dalam PRU12 yg lalu walau agak terlambat kerana lama tidak update blog.

Friday, February 22, 2008

TERKINI....

PARLIMEN SIK
UMNO (BN)
DATUK OSMAN DESA
vs
PAS
CHE UDA CHE NIK

DUN BELANTIK
UMNO (BN)
TAJUDDIN ABDULLAH
Vs
PAS
Mohd Sanusi Md Nor

DUN JENERI
UMNO (BN)
DATUK HASBULLAH LEBAI ISA
Vs
PAS
Yahya Abdullah


Pejuang2 UMNO...selamat berjuang

Thursday, February 21, 2008

Belantik

COnfirmed yg Tajudin Abdullah, Ketua Pemuda Sik akan mewakili BN bagi DUN Jeneri. Hheheheh selamat bekerja kuat semua. Dulu Cikgu Saleh kalah 50 undi sahaja. Heheh kali ni kena perang betuii..

Confirmed Dato Osman Desa akan mewakili BN bagi Parlimen Sik. Last week dia mai rasmi program kat Bandar Hilir. Rupa-rupanya itu sign nya. heheh

Selamat berhempas pulas ..

Wednesday, February 20, 2008

CALON2NYA

Parlimen katanya akan diberikan kepada OSman Desa...SU Paklah...
Dun Belantik kpd Tajudin...Ketua Pemuda UMNo bhg Sik
Dun Jeneri Hj Hasbullah.....nama yg sinonim ngan Tan Sri Mid Man dan UMNO SIk

Kalau betul...syabas and tahniah...

p/s: Tunggu pengumuman hari ni or besok

Tuesday, February 19, 2008

Siapa Lagi bakal ADUN Belantik

pening-pening....semua mengaku nama naik utk jadi calon. Tapi betul ker memang layak jadi YB or sekadar angan2 mat jenin? Mampu ker menentang PAS yg sekian lama bertapak disitu?

Tanya paklong dia kata tajudin ketua pemuda yg jadi calon, tanya pakngah dia kata orang luaq yg mai...tanya paklang...dato' wan...macam2 lagi laa....itu belum kira Dr. Mansur lagi yg turut berminat...kata orang....apapun...hari ni PM tentu dah ada semua senarai calon di seluruh negara...

gossip panas kata tajudin dah tak layak....aduihhh....Dr. mansur pun katanya dah bungkus....apa sebab...hehe...cuba la tanya2 kawan2 terdekat...

Ada orang kata...satu cara untuk bunuh karier politik Dato' Wan...letak di Belantik....kubu pas. Ada jugak yg kata...nak dptkan kembali belantik...letak Dato' Wan....isk..mana satu yg betul?? apa yg hebatnya dia?

apapun..kepada musuh beliau....berdoalah supaya Dato' Wan diletakkan di Belantik...kubu kuat PAS...sure bungkus.

kepada kawan2....kalau nak Belantik kembali ke UMNO/BN...letaklah Dato' Wan...sure dapat.....

p/s: Kalau sekadar nak masuk calon or bagi ada calon ja di Belantik....tanpa pilih yg terbaik...baik takyah bertanding...

Sunday, February 17, 2008

Sikap buruk pengikut PAS terserlah

Belum pun pencalonan dilakukan, pengikut-pengikut PAS sudah mula menawan jambatan, pintu masuk ke kawasan masjid dan kawasan-kawasan yg strategik. Bendera hijau putih dan dipacak dikawsan-kawasan tersebut.

Inilah sikap mereka yg tidak tahu mematuhi undang-undang. Belumpun duit deposit, borang kebenaran dikeluarkan, mereka dah bermaharaja lela. Mereka suka sangat kepada undang-undang rimba. Nama saja parti Islam, tapi menggunapakai undang-undang rimba!

Anyway, biarkan mereka menawan jambatan, pintu masuk kekawasan masjid dsbnya., tetapi bungkus dalam pilihanraya.

Setakat itu jer kemampuan mereka.

Saturday, February 16, 2008

Calon - Angin kencang


Hebah diperkatakan yang beliau akan ke Belantik. Kekuatan politik beliau membolehkan Belantik kembali kepangkuan UMNO.

Track record sebagai ahli Parlimen SIk telah menonjolkan kebolehan sebenar beliau. Penduduk DUN Belantik sepatutnya mengambil peluang ini untuk bekerja keras untuk kejayaan UMNO jika beliau dipilih ke DUN ini.

Kuat bekerja. Kerjanya sistematik. Perpandangan jauh serta berpotensi untuk membawa DUN Belantik keluar dari kepompong hulunya.

Tunjukkan kekuatan sebenar UMNO Belantik supaya DUN ini kembali kepada UMNO. Jika benar Dr Wan Azmi dipilih untuk DUN Belantik, ianya satu rahmat utk DUN Belantik. Lihatlah bagaimana beliau membangunkan Jeneri semasa beliau menjadi wakil rakyat kawasan tersebut.

Anyway, kita berdoa. Semuga beliau terpilih kesini.

DUN Belantik

Blog ni akan membincangkan isu-isu semasa berkaitan DUN Belantik. Hanya akan aktif semasa PRU 12. Sila lawat utk berita terkini.

Terima kasih